Sekapur Sireh
Assallammua’laikum (w.b.t )
Segala
puji bagi ALLAH yang telah mendorong saya menjalankan usaha dalam
memperkembangkan Tanaman
Pokok Gaharu ini. Ia bermula bilamana saya dan rakan-rakan menjalankan usaha ke
Kemboja, Vietnam, Thailand dan serantau Asia
untuk menghulur bantuan
membina Madrasah, memberi kitab dan lain-lain lagi bagi memperkembangkan Syiar
Islam. Dalam kesempatan itu saya telah melawat beberapa kampung yang menjalankan
Usaha Penanaman Pokok Gaharu dan Industri Minyak Gaharu. Dengan Pengalaman yang
sedia ada saya telah diilhamkan supaya menjalankan usaha ini ke negara-negara di
serantau Asia. Ini kerana apabila diperlihatkan dalam kebanyakan tempat yang
saya lawati semuanya diusahakan oleh kaum bukan Islam dan pemboro
ng
serta pedagang terbesar dunia juga bukan beragama Islam sedangkan pengguna dan
pembeli terbesar dunia adalah umat Islam berbangsa Arab. Bagaimana tentang
kebersihan dalam menghasilkan minyak dan lain-lain produk dari Pokok Gaharu ini
amatlah diragukan, di sinilah lahirnya keinginan saya memulakan kembali
Usaha dalam menanam dan menghasilkan produk-produk hasilan Gaharu mengikut
standard IMP ( Islamic Manufacturing Practice ). Saya rasa jika saya seorang
sahaja berusaha ini tidak akan berjaya oleh sebab itu
saya memerlukan usaha sama rakan-rakan bagi sama-sama menjayakan misi ini. Tahu
kah tuan-tuan akbar Saudi melaporkan tahun ini sahaja anggaran perbelanjaan
rakyat Saudi untuk gaharu meningkat sehingga RM 2.6 billion. Dikatakan Istana
Saudi dan Makah mempunyai peruntukan khas bagi Gaharu iaitu lebih kurang RM 200
juta setahun begitu juga Istana-istana negara-negara Timur Tengah yang lain
seperti Oman, Kuwait, Bahrain, Dubai dan lain-lain lagi. Di sini memperlihatkan
kita betapa besarnya Potensi yang kita ada dalam menjalankan usaha dalam
Industri Penghasilan Hasilan-hasilan Gaharu ini. Di Thailand sahaja Ratusan Juta
ringgit saudagar-saudagar Timur tengah telah melabur, Jadi telah tiba masanya
kita mengusahakan Projek Penanaman dan Penghasilan Produk dari Pokok Gaharu ini
dan menarik rakan-rakan kita dari Timur Tengah dan
mendedahkan
tentang kebersihan dan Usaha dalam Meningkatkan Syiar Islam Am nya Insayaallah.
Negara-negara barat adalah orang paling sibuk dalam mengkaji Pokok Gaharu dan
mereka mempunyai Universiti klhas dalam usaha mencari Ubat Pencegah Kanse dan
lain-lain lagi,Kenapa kita tidak. Kini mereka sibuk mempertingkatkan
Undang-undang bagi mengawal pengeluaran Hasilan Gaharu ini sedangkan ditanah
mereka tidak boleh tumbuh gaharu ini kerana ditakdirkan gaharu hanya tumbuh di
beberapa negara serantau Asia.

PENGENALAN
Gaharu merupakan sejenis kayu berdamar yang amat wangi bila dibakar yang terhasil dari jenis pokok kayu yang digelar dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu mahupun Pokok Karas. Nama saintifiknya Aquilaria dari family Thymelaecae dan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria. Di antaranya hanya lapan jenis sahaja yang ada menghasilkan gaharu, dan yang terbanyak adalah dari jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.
Sejak dari zaman purba lagi gaharu telah digunakan dan amat digemari serta didagangkan dengan harga yang tinggi. Ia menjadi bahan utama dalam upacara keagamaan, perubatan dan bahan wangian. Bangsa Arab adalah antara pengguna terbesar dunia dan selainnya negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong, Cina, Eropah dan lain-lain lagi. Gaharu juga digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan bagi rawatan kecantikan serta minuman dan lain-lain lagi.
Lain-lain nama bagi Gaharu mengikut negeri dan budaya adalah,
Chén-xīang dalam bahasa Cina and Jin-koh dalam bahasa Jepun " bermasksd kayu yang tenggelam ("sinking incense")
Pokok Gaharu yang telah diprosess menjadi minyak digelar Oud oleh bangsa Arab.
Di Eropah pula dikenali dengan nama Lignum aquila (eagle-wood) or Agilawood, kerana rupanya seperti bulu burung helang
Nama lain yang tersebut dialam kitab-kitab agama kristian Aloeswood.
Bagi negara Malaysia dan Indonesia dikenali dengan nama "gaharu".
Di Papua New Guinea digelar "ghara".
Di Vietnam pula dipanggil “trầm hương”.
Di India pula dikenali sebagai "agar".
Di Laos dipanggil dengan nama "Mai Ketsana".
Permintaan dunia terhadap gaharu dan hasilan gaharu amatlah tinggi sekali tetapi pengeluarannya semakin berkurangan kerana sumber Pokok Gaharu di hutan sudah mula pupus. Harga gaharu semakin meningkat pada setiap tahun. Harganya boleh mencecah sehingga RM 12 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM 50 ribu sekilogram. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaikan dan ia hanya bergantung kepada penjual dan pembeli). Dari sumber (TRAFFIC International 2002) Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran
Dan kini pokok gaharu telah diwartakan sebagai pokok teramcam dalam Apendix ll oleh CITES-( Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora ). Dengan sebab inilah negara-negara yang mempunyai Pokok Gaharu telah memulakan tanaman Pokok Gaharu secara berladang.
Potensi Produk Hasilan dari Pokok Gaharu
Produk yang akan diusahakan dari Daun Gaharu
· Teh hijau bagi Pelbagai penyakit seperti Gout, Darah Tinggi, Kencing Manis , lemah Syahwat dan lain-lain lagi.
· Tuala wanita berubat
·
Krim gatal dan
lain-lain produk kesihatan
Produk dari Buah Gaharu
· Minyak Urut “ Love Oil “
· Krim Kecantikan dan lain-lain produk kecantikan
Hasilan dari
Batang Pokok Gaharu
· Minyak Gaharu
· Minyak Wangi
· Serbuk Pewangi
· Teras
· Tisu Penyegar
Barangan Kosmetik




Produk dan Perkhidmatan Kami
Membekal Anak Pokok
Kami membekal hanya Anak Pokok gaharu dari Kemboja Crassna dan Juga Thailand Sub Intergra yang mana Thailand telah membuat kajian selama lebih 15 tahun begitu juga Kemboja, Sebagaimana yang kita tahu kayu dan Minyak Gaharu yang terbaik dan paling Popular adalah Gaharu Kemboja dan harganya lebih mahal dari Spesies tempatan dan kandungan minyak juga 2 kali ganda lebih banyak dari Spesies tempatan.
(Nama Panggilan )Cambodia Origin dan Katak Puru Merah Thailand

Bagaimana anak Pokok berkualiti dapat dikenal pasti
Crassna
dan Sub Intergra merupakan spesis yang mempunyai rupa daun yang kurus dan lebih
runcing berbanding dengan spesis tempatan dan lain-lain.

Batang anak Pokok kemerahan dan berkulit kasar berbanding Spesis lain.
Yang mana lebih baik Cambodia Origin ke Katak Puru Merah ?
Keduanya sebenarnya adalah dari Spesis yang sama iaitu A. Crassna dan didapati sama jangka masa matang iaitu 5 tahun dengan ukur lilit 10 inci dan Jumlah minyak yang sama iaitu 5 – 8 tola bagi setiap 25kg kayu teras kering. Cuma daun dan kulit katak puru merah boleh juga menghasilkan minyak tetapi anak pokok Cambodia Origin lebih tahan lasak.
![]()
Membekal Baja dan Racun

Perkhidmatan Tenaga Buruh Kontrak bagi kerja-kerja Ladang
Kami mempunyai tenaga buruh yang mahir dan jentera yang mencukupi bagi kerja-kerja pembersihan hutan, penyedian tanah, penanaman pokok, pembajaan pokok, meracun pokok, kerja-kerja inokulasi pokok dan juga penebangan pokok.


Membekal Ubat Inokulan dan Juga Kontrak buruh proses Inokulansi

Membekal Peralatan dan Mesin Pemprosesan Minyak Gaharu
dan Hasilan Gaharu.
